Monday 30 May 2016

8 Tips Pemanduan Semasa Hujan


8 TIPS MEMANDU SEMASA HUJAN LEBAT

---

Alhamdulillah di kala fenomena panas melampau melanda seluruh negara, dengan rahmat Nya kita masih lagi menerima hujan.

Banyak tips memandu ketika hujan yang kita sedia maklum contohnya pasangkan wiper, perlahankan kenderaan, elak lopak air & buka lampu jika perlu.

Namun banyak lagi tips yang mungkin kita terlepas pandang, berikut merupakan antara tips² penting yang mungkin boleh mengelakkan anda di timpa musibah semasa pemanduan.

---

1. Elakkan menekan brek apabila kereta tergelincir. Ini mungkin menyebabkan kereta terbabas, cara terbaik ialah kawal pemanduan menggunakan kemudi (steering), namun ia hanya berkesan untuk kereta yang dipandu perlahan sahaja.

2. Kurangkan memandu di lane kanan sekali. Kenderaan dari arah berlawanan melalui lopak air dan menyebabkan percikan ke cermin hadapan kereta kita & menghalang pandangan ke depan. Percikan berlaku selama lebih kurang 1 saat, boleh mendatangkan bahaya jika sedang memandu laju.

3. Jika keadaan hujan semakin lebat & keadaan gelap serta kabus mengganggu penglihatan, berhenti seketika di kawasan rehat bagi mengelakkan kecelakaan atau kemalangan.

4. Jangan memandu mengekori terlalu rapat dengan kereta hadapan. Jalan tengah licin, kalau kereta depan brek mengejut, mungkin kita tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk memberhentikan kenderaan

5. Jangan menyalakan lampu kecemasan (hazard), kerana lampu itu sepatutnya dinyalakan apabila berhenti sahaja.

6. Elakkan memandu terlalu laju kerana ia bukan sahaja membahayakan nyawa pemandu & pemandu lain, tetapi juga menyebabkan enjin dibasahi air.

7. Selepas meredah jalan dinaiki air, elakkan terus memandu laju kerana sistem brek tidak berfungsi sepenuhnya berikutan permukaan brek yang basah.

8. Pandu perlahan. Kelajuan melebihi 80 km/j akan mengakibatkan kenderaan anda mengalami hydroplaning. Ia adalah satu fenomena di mana tayar kenderaan anda kurang menyentuh permukaan jalan dan ianya seakan² meluncur di atas jalanraya.

---

In sha Allah perjalanan anda dirahmati Nya

Jom "LIKE" dan ikuti Facebook kami:
www.facebook.com/klezcarchempaka

PERKHIDMATAN KERETA SEWA KOTA BHARU 019-794 4747 | KERETA SEWA KOTA BHARU | KERETA SEWA KELANTAN | KLEZCAR KELANTAN | KERETA SEWA AIRPORT KOTA BHARU | KERETA SEWA PENGKALAN CHEPA | KERETA SEWA KUBANG KERIAN

#klezcar #sewakeretakotabharu #keretasewakelantan #klezcarchempaka #klezcarkelantan





No comments:

Post a Comment